Google

Friday

Dari Meja Cheqk: Faizal Tahir dan tindakan tak bermoral

Faizal Tahir nampaknya telah dikenakan tindakan oleh 8TV kerana perlakuannya yang cukup tidak bertempat. Apa yang ditunjukkan merupakan manifestasi cara beliau berfikir. Saya kurang senang dengan perlakuan begini. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang “berhemah” dan punyai tatasusila yang tinggi. Tindakan keatas Faizal bagi sesetengah pihak nampaknya seolah olah berat sebelah. Mereka mengaitkan perilaku Faizal itu adalah perlakuan biasa dan ianya tidak salah bagi artis untuk bertindak sedemikian. Kalangan ini mengatakan tindakan yang diambil oleh 8TV dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia sangat berat sebelah dan berdasarkan emosi dan balas dendam.

Ingin saya terangkan hukuman kerja kemasyarakatan adalah sangat ringan berbanding hukuman lain yang boleh diambil oleh pihak berkuasa ke atas Faizal Tahir. Nampaknya masih ada yang kasihan terhadap beliau. Hukuman pergantungan royalty sementara dan persembahan ini sudah elok dan ringan berbanding dengan peristiwa lain yang membabitkan artis. Oleh yang demikian bagi yang terlalu mengambil berat ini, tolong fikirkan kesan tindakannya untuk jangka masa panjang. Kemudian nanti mungkin ada lagi yang kurang faham seperti Faizal akan bertindak mencabar pihak berkuasa. Peristiwa seperti ini bukan baru. Sudah ada sebelum ini artis luar negara yang telah menghina imej Malaysia dengan bertindak dengan cara tidak senonoh dipentas.

Semenjak peristiwa ini, beberapa pihak tampil untuk mengemukakan hujah masing masing sama ada menyokong atau membangkang. Nampaknya masyarakat kita masih lagi punyai sikap prihatin atau sensitif terhadap budaya masyarakat yang diamalkan oleh leluhur kita. Saya lihat perkara ini dalam semua sudut. Saya ingin mengajak para pembaca dan juga rakyat Malaysia supaya kita prihatin dengan perlakuan ahli masyarakat kita. Sepatutnya budaya bangsa sejak dulu harus dipertahankan. Kita punyai kepercayaan dan tatsusila sendiri.

Kita lihat pada hari ini kod etika berpakaina kita tidak pernah dipertahankan dan tidak ada pembaikan oleh pihak berwajib terhadap perkara ini. Sedangkan pihak kerajaan sebenarnya telah pun mempunyai kod etika yang diperkenalkan lama dulu. Namun perkara ini tidak dipandang oleh kebanyakan orang Malaysia.

Cheqk akan lihat semula perkara ini selepas ini. Setakat ini cheqk hanya sekadar ini jelaskan perlakuan Faizal Tahir tidak patut dan isu ini harus diperhalusi oleh budayawan. Mereka harusnya memberikan pendapat. Aktivis kebudayaan nampaknya masih sunyi sepi. Bagi Cheqk kod etika berpakaian masyarakat kita perlu dibentuk semula. Ini tidak bererti kita lebih kearah islamisasi atau kebaratan tetapi harus kearah kemalaysiaan yang punyai unsurnya yang tersendiri.

…Televisyen adalah medium terbaik untuk pengaruhi minda dalam sekecil perkara sekalipun…

klip video budak pintar: Adiputra

klip video Bacaan Al-Quran oleh budak kecil

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (1)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (2)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (3)

klip video lawak: cuma untuk suka suka