Google

Friday

Dari Meja Cheqk: Paypal.com

Paypal.com?apa tu? Cheqk nak buka minda para pembaca yang kurang arif sebenarnya. Cheqk nak giatkan industri dan perniagaan maya dikalangan rakyat Malaysia terutamanya. Dan usaha pertama Cheqk ialah melalui penerangan tentang aplikasi dan baiknya system internet kepada setiap orang. Apabila ramai pengguna maka akan makin besar perkembangan perniagaan di Malaysia khususnya bidang perniagaan secara maya ini. Seterusnya meningkatkan peluang baru juga secara tidak langsung menyentak para pencipta perisian, perkhidmatan, dan pemasaran, seperti Google untuk menyediakan perkhidmatan mereka yang mesra Malaysia.

Kembali kepada Paypal.com. ia merupakan sebuah organisasi atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan memproses transaksi perbankan secara maya antara terbesar dan terkenal di seluruh dunia. Ia pada mula bukan milik ebay namun selepas potensinya dikesan oleh pihak ebay maka ebay membeli dan dijadikan anak syarikat ebay.

Dalam istilahnya paypal.com ialah pemproses kad kredik pihak ketiga. Paypal.com adalah pihak yang menguruskan transaksi antara pembeli dan penjual. Paypal telah diterima ramai bukan sahaja dalam transaksi dengan ebay, pada masa ini kebanyakan para peniaga terutama peniaga maya antarabangsa menjadikan paypal antara pemproses utama transaksi jual beli mereka.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia semenjak tahun lepas paypal.com telah mula menerima rakyat Malaysia untuk melakukan transaksi. Sebelum itu, rakyat Malaysia yang mempunyai akaun bank Amerika Syarikat sahaja dapat menggunakan perkhidmatannya secara langsung. Pada pandangan Cheqk, Paypal.com mula memberikan perkhidmatan mereka kepada rakyat Malaysia disebabkan potensi dan perkembangan kesedaran semasa rakyat Malaysia dalam menggunakan aplikasi internet secara lebih meluas. Itulah yang dikatakan oleh Cheqk, perlu adanya pihak pihak khususnya blogger meningkat promosi penggunaan internet secara lebih meluas supaya pihak asing yang mengawal maklumat dan perniagaan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk bebas berniaga walaupun menggunakan cara Malaysia terutama dari segi penggunaan bahasa dan perisian.

Di barat kesedaran tentang peri pentingnya bagi mereka menguruskan perniagaan menggunakan cara negara masing masing menyebabkan berlaku ledakan maklumat dan perisian dalam bahasa tempatan. Oleh yang demikian perlu lah bagi para “pemain pemain” maya menyedarkan rakyat Malaysia dan pihak pelabur maya asing untuk serius menjadikan industri dan perniagaan maya di Malaysia berkembang dengan lebih pesat. Kesan jangka panjangnya pada ekonomi Malaysia dan “poket” rakyat Malaysia itu sendiri.

Paypal.com secara ringkasnya bertindak dengan menerima pindahan duit dari pengguna / pembeli melalui transaksi atau pindahan daripada akaun kad kredit atau kad debit kedalam akaun paypal.com. Seterusnya apabila pembelian berlaku pembayaran dibuat dengan memindahkan duit dari akaun paypal.com ini kepada akaun bank Amerika Syarikat / akaun kad debit / kad kredit penjual. Begitu juga transaksi jika sebaliknya duit itu dikembalikan kepada pembeli. Yuran pendaftaran adalah percuma dan anda perlu mempunyai alamat email. Nasihat saya, akaun paypal yang sesuai ialah pilihan kedua dan ketiga kerana yang pertama tidak sesuai untuk jual beli. Untuk ketarangan lanjut sila layari laman web Paypal.com.

Untuk makluman pengguna boleh mendapatkan kad debit dikebanyakan bank di Malaysia dengan bayaran bayaran tertentu. Kad debit boleh dipohon oleh semua rakyat Malaysia yang matang (biasanya berusia 18 tahun dan keatas). Contoh bank yang menyediakan kad debit ialah ar-Rajhi Bank, Public Bank, dan Affin bank. Seelok eloknya pembaca selidiki dahulu maklumat tentangnya di bank bank anda sekalian.

Kelebihan kad debit ialah anda belanja berdasarkan duit yang anda “top up” atau masukkan berbanding kad kredit, perbelanjaan dahulu bayar kemudian. Ini yang merisikokan pemilik kad kredit kerana jika digodam akaun kad kredit anda, kemungkinan para penggodam akan memaksimumkan pindahan duit sehingga puluhan ribu ringgit bagi kad ktredit biasa. Jika menggunakan kad debit penggodam hanya boleh mencuri duit setakat nilai anda masukkan sahaja. Ini serba sedikit maklumat yang Cheqk tahu berkaitan kad kredit dan kad debit.

Dengan penerangan sedikit di atas, diharap para pembaca yang kurang arif akan dapat memahami sedikit bagaimana proses transaksi elektronik ini berlaku. Sememangnya Cheqk akui ramai orang bimbang terhadap keselamatan transaksi dan maklumat peribadi dalam talian ini. Namun ingin Cheqk jelaskan, pihak perbankan dan kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan keselamatan perbankan elektronik. Berbanding dahulu, sekarang ini sistem yang ada adalah lebih selamat. Di ingatkan, agar maklumat penting tidak disiarkan atau diberitahu kepada pihak yang salah kerana terdapat banyak laporan penipuan oleh para penggodam. Antaranya menyamar sebagai syarikat pemproses kad kredit atau pegawai perbankan mahupun syarikat peraduan yang meminta maklumat penting seperti nombor keselamatan kad pengguna.

Akhir sekali Cheqk nak gesa rakyat Malaysia, marilah kita belajar dan memahami dunia siber dan jangan jadikan internet setakat tempat mencari maklumat dan padang permainan bahkan jadikan ia sebagai tempat membeli anda mahupun berniaga. Jika ada yang salah atau ingin hubungi cheqk sila email kepada Cheqk. Thanks

klip video budak pintar: Adiputra

klip video Bacaan Al-Quran oleh budak kecil

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (1)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (2)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (3)

klip video lawak: cuma untuk suka suka