Google

Friday

Dari Meja Cheqk: Peraturan Berpakaian dan Peraturan Pakaian Rasmi Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum atau salam sejahtera. Mungkin ramai yang terfikir apa yang hendak cheqk tulis. Agaknya cheqk nak hentam dasar universiti. Bukan begitu, prinsip cheqk ialah menyumbang cadangan pembaikan sahaja. Universiti Utara Malaysia sangat bermakna kepada cheqk, kalau boleh cheqk mahu universiti ini dikenali sehingga ke Amerika dan eropah walaupun di negara mereka sistem yang mereka ada lebih maju dari kita. Tapi cheqk rasa bukan cheqk saja yang inginkan pencapaian seperti itu. Dan kepada semua pembaca terutama warga UUM, jangan sesekali anda merendah diri dengan mengatakan ia mustahil, bermimpilah atau berangan lebih. Jika anda berasa sedemikian, rasanya masih banyak yang perlu anda belajar dan fahami tentang “hidup” ini.


Sepanjang pengajian cheqk di UUM, banyak yang cheqk belajar untuk menjadi matang sebagai seseorang dapat berfikir secara kritits. Tapi UUM perlu lagi perubahan kerana bagi universiti atau institusi pengajian, perubahan sangat perlu pada setiap masa supaya universiti relevan dengan perubahan masa dan sekeliling terutama dalam dunia globalisasi pada hari ini.


Apa yang tak kena dengan dasar berpakaian universiti? Sebenarnya tak ada masalah besar pun Cuma cheqk nak sarankan kepada pentadbiran universiti, pinda lah sedikit dasar tersebut atau mungkin sudah ada perubahan tetapi pelajar tidak mengetahuinya. Khususnya pakaian pelajar lelaki yang memerlukan berpakaian formal setiap masa dalam waktu bekerja ketika berada di dewan kuliah mahupun berurusan di pejabat pejabat universiti. Sebagaimana sedia maklum, pelajar lelaki di wajibkan berkemeja dan berkolar dengan warna terang, berseluar slack panjang, berkasut, memakai tie dan berstoking. Apa yang cheqk nak sarankan ialah menambah senarai pakaian rasmi universiti bagi pelajar lelaki.


Pada pengetahuan cheqk peraturan pakaian ini berdasarkan peraturan pakaian rasmi pejabat kerajaan Malaysia (jika salah tolong beritahu cheqk). Namun secara rasminya kerajaan Malaysia telah meluluskan peraturan bagi pakaian rasmi kerajaan yang baru. Antara pemakaian pakaian bercorak batik pada hari hari tertentu. Begitu juga dengan long suit yang pernah dipakai oleh Datuk Seri Rais Yatim pada suatu masa dahulu semasa menghadiri sesi parlimen yang kemudian menarik perhatian ahli dewan rakyat ketika itu.



Apa yang cheqk nak tekankan ialah perlunya variasi dalam peraturan dan jenis pakaian yang dibenar untuk pelajar pakai. Apa yang cheqk utarakan ini hanya cadangan dan menentukan adalah pihak pihak yang berkuasa terhadap perkara ini. Anggaplah tulisan ini sebagai wakil kepada para pelajar. Jika ada cadangan atau pendapat boleh menghantar email pada cheqk. uum.cheqk@yahoo.com

klip video budak pintar: Adiputra

klip video Bacaan Al-Quran oleh budak kecil

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (1)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (2)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (3)

klip video lawak: cuma untuk suka suka