Google

Monday

Dari Meja Cheqk: Perpustakaan Universiti…mari ubah sikap pelajar

Cheqk terpanggil untuk menulis tentang gedung buku ini. Kenapa ye? Kerana Cheqk sukakannya walaupun Cheqk bukan “ahli” dalam baca buku. Cheqk nak ajak adik adik kat universiti untuk ubah sikap kita. Cheqk kenal benar dan Cheqk faham benar kenapa perpustakaan adalah tempat paling tidak disukai untuk singgah oleh para pelajar di UUM. Sudah tentu golongan pelajar yang tidak mahu untuk ke perpustakaan adalah pelajar lelaki. Majoriti yang tidak suka memasuki perpustakaan ialah lelaki namun masih terdapat pelajar wanita yang turut tidak gemar ke perpustakaan. Jika singgah pun setakat luar sahaja iaitu foyer library dan bilik study di luar nya sahaja. Saya akui bahagian tersebut “laku” dengan bilangan yang lepak pada waktu puncak sangat ramai sehingga sukar untuk mencari tempat melepaskan punggung.

Cheqk nak ulas tentang kenapa pelajar terutama lelaki sangat tidak suka memasuki dalam perpustakaan. Sehinggakan ketika Cheqk belajar dahulu, ada dikalangan pelajar yang Cheqk kenali tidak pernah memasuki bahagian dalam perpustakaan sepanjang semester. Nak tahu kenapa?

Cheqk ada jugak bertanya mereka sebab kenapa perkara sebegini terjadi. Untuk makluman pembaca Cheqk bukan lah tergolong dikalangan mereka kerana Cheqk suka lepak kat tingkat atas perpustakaan UUM. Relak dan tenang kat situ terutama pada waktu petang. Kebanyakan alasan dan komen mereka, maklumat yang ada dalam perpustakaan adalah static, fakta yang sudah wujud beberapa lama sedangkan mereka perlukan maklumat baru. Mereka juga turut mengatakan maklumat boleh diperoleh segera melalui internet, kawan carikan, perpustakaan yang jauh dan macam macam alas an yang tidak sesuai. Namun begitu satu alasan yang sangat penting bagi Cheqk dan cheqk rasa ia merupakan alasan yang perlu dipertimbangkan berkenaan peraturan utama perpustakaan. Alasannya perpustakaan mengenakan syarat pemakaian formal apabila pelajar ingin memasuki perpustakaan. Sememangnya sebagai pelajar tidak seharusnya nilai begini wujud dalam diri. Nilai disiplin perlu sebenarnya.

Cheqk bukanlah menyokong penuh alasan tersebut, tetapi satu perubahan agak perlu dibuat tentang perkara ini.cadangan cheqk supaya peraturan berkaitan pakaian dan masa operasi perpustakaan perlu dikaji dan diubah dengan membenarkan pelajar berpakaian bebas ketika di perpustakaan. Bertujuan menjadikan perpustakaan universiti tempat kesukaan, kegemaran dan “berkampung” bagi semua pelajar universiti. Adalah bagus jika pihak pertadbiran universiti melaksanakan program percubaan bagi cadangan Cheqk ini.

Cheqk faham sangat gelagat pelajar, sikap mereka, cara berfikir dan keperluan mereka. Diharap ada pihak yang sudi membaca tulisan Cheqk dan di ambil perhatian hendaknya. Untuk makluman ini sekadar cadangan Cheqk. Pada pandangan peribadi Cheqk, cadangan ini dapat membantu meningkatkan lagi sikap positif sedia ada para pelajar UUM. Cheqk berharap UUM terkehadapan pada setiap masa kerana UUM banyak mengajar Cheqk untuk jadi lebih matang. Ok, terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

klip video budak pintar: Adiputra

klip video Bacaan Al-Quran oleh budak kecil

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (1)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (2)

klip video motivasi Datuk Mohd Fadhilah Kamsah: kerana mulut badan binasa (3)

klip video lawak: cuma untuk suka suka